Thursday, March 19, 2015

LAGU SEKOLAH


* SK Kangkar Pulai 2
Sentiasa bersatu tenaga
SK Kangkar Pulai 2
Berusaha untuk berjaya

* Patuhi ibu bapa
Hormati guru sentiasa
Rajin bekerjasama
Menjadi kebanggaan kita

Guru mengajar tak kira masa
Agar kami terus berjaya
Kami berjanji akan sanjungi
Bakti-bakti yang ditaburi

Ulang *

Berusaha…
Berjaya…
Berbakti...


Wednesday, March 11, 2015

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 DAN CUTI SEMPENA HARI KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN JOHOR

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti seperti ketetapan berikut :

Tarikh
Catatan

 13.03.2015 (Jumaat)
 hingga
 21.03.2015 (Sabtu)

  Cuti Persekolahan Pertengahan Penggal 1

 22.03.2015 (Ahad)

  Bersekolah seperti biasa

 23.03.2015 (Isnin)

  Cuti Sempena Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor     

 24.03.2015 (Selasa)

  Bersekolah seperti biasa


PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

Adalah dmaklumkan bahawa permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal 2(DUA) Tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah.

1. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2009 sehingga 1.1.2010 untuk tahun persekolahan 2016
2. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2010 sehingga 1.1.2011 untuk tahun persekolahan 2017

Pemohonan penempatan akan dibuka seperti ketetapan berikut :
  Tarikh : 1 Mac - 31 Mac 2015
  Hari     : Hari Bekerja
  Masa    : Ahad - Rabu (8.00 pagi - 5.00 petang)
                  Khamis (8.00 pagi - 3.30 petang)
Permohonan penempatan LEWAT bagi kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2008 hingga 1.1.2009 untuk memasuki Tahun 1 dalam Tahun  2015 boleh terus berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu/bapa/penjaga semasa membuat permohonan adalah seperti berikut :

1. Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan ( Salinan asal dan salinan fotostat)
2. Kad Pengenalan Ibu dan Bapa (Salinan asal dan salinan fotostat)
3. Bukti alamat tempat tinggal (Bil Elektrik/Bil Air/Dokumen lain yang berkenaan jika perlu)
4. 2 Sampul surat beralamat sendiri dan setem 80sen setiap satu.

Thursday, February 26, 2015

PIAGAM PELANGGAN

Kami guru-guru dan kakitangan SKKP2 dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Membimbing murid-murid kearah kecemerlangan akademik dan kokurikulum dengan cekap dan berkesan.

2. Membimbing murid-murid supaya berakhlak mulia dan berdisplin dengan penuh tanggung jawab dan kasih sayang.

3. Memberi peluang yang sama rata kepada setiap murid-murid tanpa mengira latar belakang agama, keturunan dan keupayaan.

4. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan sekolah yang sentiasa cekap dan dinamik berasaskan reformasi yang berterusan.

5. Mewujudkan staf yang komited, berdedikasi, berdisplin serta berketrampilan.

6. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan persekitaran yang terbaik bagi mengoptimakan proses pembelajaran.

7. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak individu, masyarakat dan negara.

8. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

LENCANA SEKOLAH








PENGERTIAN SIMBOL:

Mata pen                    : Melambangkan usaha gigih untuk menguasai kemahiran asas 3M.

Alat Geometri            : Melambangkan arah tuju pendidikan menjurus ke bidang sains dan teknologi.
Obor                           : Melambangkan sinar harapan yang bakal menerangi kehidupan pada masa hadapan.
Multimedia                : Melambangkan pendidikan ke arah celik IT.

PENGERTIAN WARNA:
Biru melambangkan perpaduan yang wujud di kalangan warga sekolah yang berbilang kaum.

Merah melambangkan keberanian dan kecekalan murid menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha meraih kejayaan.

Putih melambangkan kesucian dan kejujuran yang sepatutnya dimiliki oleh setiap murid untuk menjadi insan yang berakhlak mulia.

Kuning melambangkan taat setia kepada peraturan-peraturan sekolah dan pemerintah Negara.

Cogankata yang terpahat dibahagian bawah iaitu BERUSAHA, BERJAYA, BERBAKTI menggambarkan harapan sekolah agar semua warganya gigih berusaha untuk berjaya supaya dapat menabur bakti kepada negara tercinta.

Dari Lipatan Sejarah......

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 terletak kira-kira 25km dari Bandaraya Johor Bahru dan kira-kira 27km dari Bandar Kulai.Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. 

Sekolah ini memulakan operasi pengurusan pembukaannya pada 16 November 2002. Pada ketika itu operasinya masih menumpang  di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai. Namun apabila peralatan persekolahan telah mencukupi, sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2003.

Pada awalnya, seramai 350 orang murid dari Sekolah kebangsaan Kangkar Pulai yang tinggal di kawasan rumah pangsa bandar baru Kangkar pulai telah di  pindahkan ke sekolah ini. Guru besar yang pertama dilantik ialah Encik Jaafar bin Warmat manakala jumlah guru yang ada ialah seramai 22 orang. Sebanyak 11 buah kelas telah dibuka dan semua murid belajar dalam satu sesi persekolahan dari darjah satu hingga darjah lima.

Pada awal tahun 2005, kelas pra sekolah telah dibuka.  Kelas ini dapat menampung seramai 25 orang pelajar di bawah pengawasan seorang guru dan  seorang pembantu . Dua bilik darjah telah diubah suai untuk dijadikan kelas pra sekolah. Jun 2007 pula, kelas pendidikan khas  telah dibuka dengan bilangan muridnya seramai 5 orang di bawah pengawasan seorang guru . Pada sesi persekolahan 2008, bilangan murid pendidikan Khas ini telah bertambah kepada 8 orang , dua orang guru dan seorang pembantu.

Sekolah ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti bilik sembahyang, bilik muzik, bilik guru, bilik setiausaha peperiksaan, bilik bimbingan kaunseling, bilik tayang, perpustakaan, makmal komputer, pusat akses, dua buah makmal sains, bilik seni, bilik kemahiran hidup, bilik pemulihan, bilik operasi SPBT, bilik rawatan kesihatan, bilik mesyuarat dan pejabat. 

Guru besar kedua SK Kangkar Pulai 2 ialah En Razali bin Lan. Beliau memulakan tugas di sekolah ini pada 16 November 2011 sehingga 25 Januari 2014. Selepas itu Tuan Hj Jais bin Sudin menggantikan beliau dan bertugas di sini sehingga sekarang.

Kini jumlah murid Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 berjumlah 1609 orang termasuk murid prasekolah dengan tenaga guru seramai 103 orang dan 12 orang staf sokongan. Selain itu, terdapat 11 orang pekerja swasta dan 4 orang pengawal keselamatan yang membantu operasi seharian sekolah ini. 

Sesi persekolahan dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi menempatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6 dalam 23 buah kelas manakala sesi petang menempatkan murid-murid tahun 1,2 dan 3 di dalam 23 buah kelas. Sesi pagi memulakan P & P pada pukul 7.15 pagi hingga 12.35 tengahari manakala sesi petang memulakan P & P pada pukul 12.45 tengahari hingga 6.30 petang.